entry dalam bahasa melayu! set set pengsan kejap! sebab memang teringin hendak menulis dalam bahasa melayu! walaupun BM masa A-Level cuma dapat cukup makan jer! bley
Memandangkan international readers dah kurang kan - seronok aku kecuali laki mak yang boleh lah membaca dalam bahasa melayu! wah khelass ko maria!
Mek ni tak de lain dok pusing2 jelajah dunia sambil minta minta derma bagai untuk Bank kesatuan tempat mek bekerja! bley
Ala menyundal ok pergi negara orang minta minta duit! yang paling lah mek tak boleh sekali masa di Doha. ya ampun tak kuasa nak meminta bagai dengan orang arab niih!
Nasiblah mek saudara seagama, nampak sangat bank kesatuan tempat kerja mek itu sangat pandai dalam hal hal berkaitan sosial, budaya, adat resam, agama dan bahasa! KEJI sesangat bak kata laki mek itu!
Kali ni jelajah minta derma, laki mek tak ikut serta sebab dia kan masih dalam treatment sakit kanser nyer itu! semoga cepat sembuh sayang! Tuhan itu sayang pada sayang, esok esok tak payah dok minum joli joli lagi.
Sambung balik cerita! alkisah jelajah minta derma bermula dari Doha, Beijin-Shanghai dan berakhir di Tokyo.
Jumpa dengan orang timur tengah ni ya ampun seksa! malam jer jumpa, siang siang dia membuta dalam rumah. buat anak kot! wakakakaka
Apa lagi mek pun shopping ala2 Isteri perdana menteri di sebuah negara nii kan! very de sangat! siap pergi santai santai di padang pasir lagi, ala ala sex in the city pula tema!
Yang paling seronok kaki tangan mek yang seramai 10 orang itu! nak ko hambek!
Next stop ke Beijing-Shanghai, ok ler suam2 kuku jer! agak sebab tak larat nak shopping jer, semua dok dalam bilik hotel! tak termasuk yang 2 -3 orang yang kene cirit birit bagai! kesian.
Upacara ke Tokyo sangat padat, korang tahulah jepon kan very de str8 minded, lagi lagi bab duit! tak kuasa aku!
Kami sekarang di Paris selepas upacara G20 dan dok sibuk kira berapa banyak pelaburan yang dibawa masuk! sorry lah tak boleh bagitahu!
yang pasti mek puas sebab kami belanja jalan jalan minta derma tak sampai ratus ribu euro, tapi bawa masuk 7 figure ok! so terpaksalah mek pula belanja vacation light light untuk staff mek yang bekerja macam orang gila!
kalau kerja kat shopping mall sure dapat 1 % kan ! tapi jangan lah berharap! tahun lepas pun no bonuses, ada lah dia bagi duit raya krismas! yang cukup lah untuk mek satu family first class round ticket balik Amerika kejap!
Tahun ni Raya puasa tak balik kot! Bulan May ni, habis treatment laki kat berlin, balik Oslo, Norway, sebab dah dapat approval letter on our visa application!
Wah panjang merepek! korang tak mo baca ada mek kisah! at least ada lah juga entry daripada kosong kan ! wakakakak
3 comments:
Oh woe is me! I cannot find an online translator to do your prose justice!
I'm pretty certain that you haven't written garbage.
Gituh!!! Ni mimpi apa uols tulis BM ni. Terasa lain pulak iols baca hiks :p
Micky Darhling
There is a translation for u guys, nah i am not writing a rubbish yet! but no picture - got no ideas what pic to place in
Izuan
Wah ko khann! cakap lah ok ler juga mek menulis dalam BM- walaupun terbelit juga ko! pengsan kejap - bahasa jiwa bangsa! tapi mek dah international camana!
Post a Comment